FAZURA BOSAN DENGAN ‘FATTZURA’ ?



Apabila melihat Fattah Amin dan Fazura, jujur kami cakap mereka kelihatan begitu serasi bersama dan sangat romantis! Tidak hairanlah peminat – peminat terlalu obses dengan mereka sehingga menggelarkan pasangan ini sebagai Fattzura.

Jangan Terlalu Taksub



Boleh dikatakan kedua – dua personaliti ini mempunyai kelab peminat yang begitu kuat. Akan tetapi, Fazura menerusi kenyataanya melalui Astro Awani, memohon agar peminat beliau dan Fattah tidak terlalu taksub untuk melihat gandingan mereka bersama.

Saya menghargai sokongan dan doa-doa peminat terhadap kami. Tapi saya harap peminat sedar yang kami dua individu berbeza apabila masuk bab kerjaya. Tapi sebagai isteri saya akan sentiasa menyokong kerjaya Fattah, seperti mana dia juga menyokong kerjaya saya,”

Bukan Kahwin Secara Tergesa – Gesa




Dalam perkembangan lain,Fazura turut menafikan bahawa mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dalam keadaan tergesa-gesa.Menurut Fazura, segala majlis mereka sudah lama dirancang dan sengaja tidak mahu memperbesarkannya.

“Itu tidak benar. Kami sudah lama merancang untuk bernikah, cuma kami memilih untuk tidak membesarkannya kerana ia perkara peribadi. Tetapi seperti yang dijanjikan, kami tidak akan melupakan media dan peminat. Dan janji itu sudah pun kami tunaikan,”


Kronologi Majis Pernikahan Fattah Amin Dan Fazura Yang Anda Perlu Tahu

Untuk anda yang tidak tahu mengenai perkembangan pernikahan mereka, kami bawakan 5 fakta yang berlaku di hari majlis pernikahan Fattah dan Fazura.

1. Sah Diijabkabulkan Dengan Sekali Lafaz




Pihak pengurusan Fazura dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam dengan disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan – rakan terdekat sahaja.

2. Tekaan Hotel Yang Salah
Sebelum ini, tular khabar berita mengenai majlis pernikahan mereka akan diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, lokasi yang sama sidang media khas mengenai hubungan mereka diadakan, akan tetapi lokasi pernikahan mereka malam tadi telah berlangsung di Hotel Ritz Carlton

3. Tiada Liputan Media Dibenarkan





Kebanyakan media agak sedikit kecewa kerana majlis pernikahan mereka tiada media yang dibenarkan untuk membuat liputan. Malah maklumat lengkap seperti kebiasaan dilakukan artis popular lain mengenai siapa jurunikah yang menikahkan mereka, jumlah mas kahwin dan bilangan hantaran kedua-dua belah pihak tidak dimaklumkan.

4. Beberapa Orang Pengawal Peribadi Mengawal Ketat Kawasan Hotel


Menurut beberapa sumber, beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar malah pada jam 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan turquoise sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.




5. Simbolik Tarikh 27/11/2017
Perasan atau tidak, majlis pernikahan mereka diadakan pada 27.11.2017 dimana tahun ini Fattahberumur 27 tahun dan tarikh lahir Fazura pula 27 haribulan. Memang sudah dijangka bukan?



sumber: Hangat.com

Loading...

0 Response to "FAZURA BOSAN DENGAN ‘FATTZURA’ ? "

Posting Komentar

Berita Pilihan