[Foto] “Ucop Tak Kecewa Ke?!” -Tak Gusar Kahwin Muda, Balqis Mentor Melenia Bergelar Isteri Pada Usia 18 Tahun!!



Raut muka yang cantik bersama pakej kulit yang gebu pastinya membuatkan semua orang tidak jemu memandang wanita ini! Balqis atau lebih dikenali sebagai Balqis Mentor Melenia dilaporkan telah selamat menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan pada 30 November yang lalu

Difahamkan majlis berkenaan diadakan di The Regency Waterfront Kuala Terengganu, Terengganu. Menurut Balqis, majlis pernikahannya diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.

“Memang ramai yang terkejut sebenarnya, tetapi ini permintaan keluarga saya hanya untuk mengadakan majlis secara sederhana.

Rakan-rakan dalam Mentor Milenia termasuk Usop dan Hazama tahu akan majlis pernikahan saya cuma mereka tidak dapat hadir.

Insya-Allah majlis resepsi saya akan berlangsung tahun hadapan pada 14 April,” katanya kepada pihak Utusan.



Walaupun baru berusia 18 tahun, Balqis atau nama sebenarnya Nor Balqis Ahmad Tajudin tidak gusar untuk bergelar isteri kepada Mohd Hakimi Ikmal yang dikenalinya sejak lima tahun yang lalu.

“Memang awalnya rasa juga tetapi bila kita sudah lama mengenali suami jadi saya yakin untuk meneruskan hidup sebagai isteri. Kami juga akan belajar untuk menguruskan rumah tangga.

Soal kerjaya memang tidak ada masalah kerana suami masih membenarkan saya teruskan seperti biasa. Cuma sebagai isteri saya perlu tahu batas,” tambahnya lagi.













Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai berkenaan, bahkan ada juga yang mengusik Balqis dengan teman seperjuangannya dahulu, Ucop.

Sumber Utusan
Loading...

0 Response to "[Foto] “Ucop Tak Kecewa Ke?!” -Tak Gusar Kahwin Muda, Balqis Mentor Melenia Bergelar Isteri Pada Usia 18 Tahun!!"

Posting Komentar

Berita Pilihan