Hamas Mahu Malaysia Ketuai Isu Baitulmaqdis, Bangkang Keputusan Donald Trump.



Malaysia Adalah Ketua Yang Cukup Berpengaruh

Ketua Diaspora Hamas, Dr Maher Salah, hari ini melahirkan harapan agar Malaysia mengetuai usaha politik menentang keputusan Presiden US Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Beliau berkata Malaysia harus menggunakan pengaruhnya yang dihormati dunia Arab dan Islam untuk mengetuai usaha pelbagai peringkat, menentang keputusan secara terang-terangan mengenai kota suci itu yang ditolak kebanyakan negara dunia termasuk di Eropah, Asia dan Amerika Latin.

“Rakyat kami di tanah Palestin, di dunia Arab dan Islam serta negara lain akan luahkan kemarahan dan penolakan berhubung keputusan ini”, ujar beliau.




“Kami menentang keputusan tersebut. Baitulmaqdis adalah ibu negara Palestin, ia akan tetap menjadi kota Palestin, Islam dan Arab dan ia adalah suci bagi umat Islam dan Kristian”, tambahnya lagi.

Dalam pertemuan itu, Dr Maher Salah dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee turut membincangkan pendirian kerajaan Malaysia dan Parlimen yang sebulat suara menolak keputusan Trump, yang dianggap sudah melampau.



Kunjungan hornat delegasi diaspora Hamas ke Parlimen Malaysia. Sumber foto : BERNAMAPerdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun bertegas bahawa Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Seperti yang digembar-gemburkan, Donald Trump pada Rabu lalu secara rasminya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan turut memutuskan untuk memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke kota suci berkenaan.



Ditanya apakah ada kemungkinan untuk Intifada (penentangan rakyat Palestin terhadap Israel) seterusnya, Dr. Maher Salah sambil tersenyum berkata: “Kami telah menyaksikan percikan pertama bagi Intifada seterusnya”.

Kiandee turut berharap keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan dipertimbangkan secara teliti kerana keputusan itu adalah penting, agar tidak menjejaskan proses perdamaian antara Israel dan Palestin khususnya.



Walau apa pun motif sebenar Donald Trump melakukan perkara ini, diharapkan umat Islam di seluruh dunia dapat bersatu dan bangkit menentang penindasan daripada Yahudi dan Zionis.

hsumber:lastkopek.com
Loading...

0 Response to "Hamas Mahu Malaysia Ketuai Isu Baitulmaqdis, Bangkang Keputusan Donald Trump."

Posting Komentar

Berita Pilihan