Bagi menunjukkan sokongan dan tanda sayang terhadap Elyana yang menghidap kanser Limfoma tahap empat, kelab peminat Elyana bakal menganjurkan satu majlis doa selamat dan solat hajat buat penyanyi itu. Majlis itu akan diadakan di majlis Seksyen 15, Shah Alam pada Khamis depan.
Teman baik Elyana, Zuhairry Zainal memberitahu, ahli kelab sebulat suara ingin mengadakan majlis tersebut sejurus mendapat tahu Elyana sedang bertarung melawan penyakit itu sejak tujuh tahun lalu, yang diumumkan ketika konsert Gegar Vaganza (GV4) minggu lalu.
“Saya dapat tahu mulanya ada lebih daripada satu majlis ingin dianjurkan. Selepas berbincang, ahli kelab sepakat berkumpul beramai-ramai dan menganjurkan satu majlis besar, minggu depan”
“Setakat ini, saya diberitahu peminat termasuk bukan ahli kelab mahu menghadiri majlis doa selamat dan solat hajat. Insya-Allah, Elyana sudah mengesahkan akan menyertai,” katanya kepada Berita Harian Online.
Sebagai teman yang sudah 18 tahun mengenali Elyana, Zuhairry berkata, selepas pengumuman dibuat Elyana tempoh hari, beliau kelihatan lega seperti bebanan yang ditanggung selama ini hilang. Malah Elyana juga tidak mahu perkara ini berpanjangan, enggan dikatakan minta simpati.
Elyana Terima Teguran Peminat Untuk Bertudung, Taubat.
Baru-baru ini Elyana ada memberitahu tentang kanser limfoma yang dialaminya sejak tujuh tahun lalu. Ramai yang bersedih selain terkejut dengan pengumumannya itu. Tapi ada juga yang tidak berapa nak sensitif mengenai derita orang apabila soal penyanyi itu tidak berhijab dipertikaikan.
Apa yang lebih tidak masuk di akal, ada sesetengahnya lantang bersuara mengenai ibadah Elyana yang entah ke mana tetapi menyibukkan diri dengan dunia hiburan yang melalaikan. Pun begitu, seperti biasa Elyana tidak ambil pusing mengenainya tetapi mengambilnya sebagai doa.
“Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul. Saya setuju dengan komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya”
“Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu. Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan. Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati. Saya menghargai setiap komen dan doa,” jelasnya kepada Astro Gempak.
Rasanya tidak perlu mempersoalkan ibadah orang lain dikala beliau sedang menghadapi dugaan yang begitu hebat. Siapa tahu disebalik Elyana tidak bertudung, dirinya membuat kebaikan lebih daripada orang lain.
Elyana Dedah Sakit Bukan Mahu Tagih Simpati
Selepas berita tentang penyakit yang dihadapi Elyana mula diketahui ramai, ada sahaja tangan nakal yang mengatakan penyanyi itu sengaja mahu meraih simpati lebih lebih lagi apabila mengumumkan perkara itu di minggu beliau tersingkir dari Gegar Vaganza 4.
Elyana berkata jika beliau mahu meraih simpati perkara itu pasti dilakukan sebaik saja disahkan doktor dirinya mengidap kanser selepas kelahiran anaknya, Cinta Sumayyah.
“Kalau saya ingin menagih simpati, dari awal dulu saya melakukannya. Ketika itu saya susah, tidak ada duit untuk membeli ubat dan susu anak. Tapi saya tidak pernah berkongsi semua masalah itu dengan sesiapa termasuk ibu bapa dan adik-beradik”
“Sudah menjadi prinsip hidup saya tidak suka menyusahkan orang. Saya mahu orang melihat saya sebagaimana diri saya yang sihat, degil, ceria, tiada masalah dan suka berjenaka,” katanya.
Elyana juga berkata yang beliau terharu dengan sokongan dan doa yang diterima dari orang ramai selepas berita itu.
“Tidak sangka dalam situasi sekarang, saya masih boleh menjadi sumber inspirasi kepada banyak orang,” tambahnya. (rtky/m)
sumber: rotikaya
Loading...
0 Response to "Alhamdulillah Kelab Peminat Anjur Majlis Doa Selamat Buat Elyana."
Posting Komentar