Cikgu Mail dah tiada .. Setelah bertarung nyawa hembus nafas 1.40 pagi (6Gambar)



Kuantan : Abah kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di Jalan Kuala Kangsar-Gerik di Lenggong, kelmarin, meninggal dunia awal pagi tadi.

Ismail Yaacob, 53, lebih mesra dengan pabggilan Cikgu Mail yang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan empat kenderaan itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Taiping pada 1.40 pagi tadi.

Dalam kemalangan 11 pagi itu, tiga beradik maut manakala Ismail dan isterinya, Zarina Yong, 44, parah dan seorang lagi anak pasangan itu cedera selepas treler dipercayai mengalami masalah brek merempuh empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat itu termasuk Honda HRV dinaiki mangsa.









Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai dua beradik kembar berlainan jantina iaitu Muhammad Hanif Ismail dan Nur Ain Hanifah berusia lapan tahun dan kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Mat Isa ketika dihubungi mengesahkannya dan memberitahu mangsa meninggal dunia di Hospital Taiping.

Jenzah dalam perjalanan ke Kuantan ditemani anak kedua mangsa, sayu luhahan anak kedua mangsa Mat Pih dilaman sosial nya ” last trip bersama aboh..syukur dpt bwk aboh jln skali..luv u..tenang2 d sana..tggu kami smua ya.. ”

Mengikut Abang nya Muhammad Haris jenzah ayah nya dijangka di kebumikan selepas asar di sebelah pusara 3 adik nya di Tanah Perkuburan Kg Bukit Kuin 2 Kuantan, Semoga keluarga ini tabah dengan apa yang berlaku dan semoga ibu mereka cepa sembuh. Al fatihah.
Loading...

0 Response to "Cikgu Mail dah tiada .. Setelah bertarung nyawa hembus nafas 1.40 pagi (6Gambar)"

Posting Komentar

Berita Pilihan