Isteri dan suami orang Kantoi bersekedudukan dedah bekas Puteri Umno.



WAN Asshima Kamarudin yang juga merupakan bekas ahli jawatankuasa kerja Puteri Umno bahagian Klang, dilapor berkata, beliau tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan maksiat yang dilakukan setiap kali berlangsung Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Sepanjang 17 tahun bersama dengan parti yang memperjuangkan Melayu dan Islam itu, katanya ramai pasangan yang berkhalwat dan bersekedudukan dalam satu bilik sepanjang perhimpunan itu dijalankan.

Wan Asshima menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), melakukan operasi pencegahan maksiat besar-besaran di hotel-hotel sekitar ibu kota sempena PAU 2017 yang akan bermula esok.

“Saya cabar kepada pihak Pejabat Agama Islam buat operasi besar-besaran di Kuala Lumpur. Berapa ramai pasangan yang berkhalwat, berapa ramai pasangan bukan Islam bersama dengan orang Islam. Saya cabar pihak JAWI buat operasi besar-besaran untuk tangkap khalwat.




“Dekat situ kita tengok, berapa ramai pasangan isteri orang, suami orang bersama dalam satu bilik. Ini kalau saya cerita kata saya fitnah, kalau saya cakap kata saya aib (mengaibkan). Tapi saya nampak kemungkaran (itu) semasa saya 17 tahun lagi,” katanya seperti yang dilapor Harakahdaily hari ini.

Katanya lagi, gesaan terhadap jawi itu adalah berikutan tidak mahu lagi bersubahat selepas 17 tahun melihat kemungkaran tersebut.

“Dan saya tidak akan sesekali bersubahat lagi. Sebab itu saya minta JAWI semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) ini buat operasi besar-besaran di hotel-hotel Kuala Lumpur,” katanya.
Loading...

0 Response to "Isteri dan suami orang Kantoi bersekedudukan dedah bekas Puteri Umno."

Posting Komentar

Berita Pilihan